bawak phone at skola


KEBAIKAN MEMBAWA HANDPHONE KE SEKOLAH ..

1. Pelajar dapat melaksanakan aktiviti P & P di dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi terkini.

2. Pelajar boleh mendapat maklumat dengan segera dengan pencarian maklumat di Internet.

3. Pelajar boleh menghubungi ahli keluarga pada bila-bila masa bagi hal-hal tertentu.

4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam teknologi tinggi dan maju seiring teknologi sedia ada.

5. Jika sesuatu yang bahaya berlaku contohnya kawan kemalangan dan memerlukan pertolongan dengan segera, pelajar boleh menelefon ambulan dengan cepat tanpa berlari mendapatkan telefon awam

KEBURUKAN YG DPT DIATASI

1. Jika waktu P & P, pelajar perlu men'silent'kan phone supaya tidak mengganggu rakan2 &guru

2. sewaktu ujian sedang dijalankan, semua handphone perlu di'spotcheck' supaya pelajar tidak dapat berSMS jawapan

3. Membuat peraturan 'pandai bawa,pandai jaga'.. jika berlaku kehilangan handphone, pelajar perlu menanggungnya sendiri..

4. Mengharamkan membawa handphone terlalu canggih

Jadi, handphone boleh bawa kesekolah jika masalah dapat diatasi..kebaikannya juga banyak..Saya amat setuju dengan perkara diatas kerana saya seorang PELAJAR..hehehe.. :P

p/s : SETUJU x???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...